Followers

Monday, December 10, 2012

ENGLISH WORKSHEET

Click to Print this preschool activity

Guru Berijazah Mengajar di Prasekolah

Oleh Sariha Mohd Ali, Syuhada Choo Abdullah dan Khairul Azran Hussin
bhnews@bharian.com.my

Pengajar terlatih pendidikan awal atasi masalah kuasai 3M

KERAJAAN akan mengambil guru berkelulusan ijazah untuk mengajar prasekolah pada masa depan dalam usaha menyediakan guru terlatih bagi pendidikan awal kanak-kanak, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Kementerian Pelajaran turut mengambil langkah menyediakan guru berijazah untuk semua sekolah rendah bagi mendidik murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.
Muhyiddin berkata, langkah menyediakan guru terlatih ini boleh mengurangkan masalah penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di kalangan pelajar.

"Ini satu pendekatan yang kita percaya boleh mengubah situasi pendidikan dalam negara untuk meningkatkan kualiti pembelajaran prasekolah dan sekolah rendah," katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Berikutan itu, Muhyiddin berkata, pengusaha prasekolah swasta juga perlu mematuhi kualiti guru yang disediakan di institusi masing-masing.
Katanya, pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa, termasuk mengadakan pemeriksaan mengejut terhadap prasekolah sektor swasta bagi memastikan ia mematuhi dasar serta menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang dikuatkuasakan sejak 2003.

"Bagaimanapun, kerajaan tidak berhasrat menyekat sebarang usaha penambahbaikan dilakukan pengusaha prasekolah swasta selagi ia tidak bercanggah dengan dasar," katanya.

Menjawab kekeliruan Dr Tan mengenai perbezaan antara pendidikan prasekolah dan Permata Negara, Muhyiddin berkata, Permata Negara adalah program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sebelum mereka memasuki prasekolah.

"Projek contoh sudah dijalankan di beberapa tempat di seluruh negara dan hasilnya memang baik, malah kementerian akan mengembangkannya secara berperingkat.
"Ini satu lagi cabaran besar kepada kementerian menyediakan tenaga pengajar terlatih bagi membimbing anak yang masih kecil, bukan saja untuk prasekolah tetapi juga pendidikan awal kerana mereka memerlukan bimbingan khusus," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) mengenai langkah menjadikan pendidikan prasekolah sebahagian daripada sistem pendidikan negara, Muhyiddin berkata, kerajaan sudah menetapkan prasekolah antara bidang keberhasilan utama Kementerian Pelajaran.

Bagi mencapai sasaran itu, katanya, strategi komprehensif dirancang, termasuk menambah baik kurikulum prasekolah dan cadangan 50 peratus waktu interaksi dalam bahasa Inggeris.

Beliau berkata, sebanyak 4,194 kelas prasekolah baru akan dibina menjelang 2012.

Muhyiddin berkata, kerajaan menyasarkan meningkatkan 67 peratus penyertaan kanak-kanak berumur lima tahun dalam prasekolah kerajaan dan swasta tahun ini kepada 87 peratus menjelang 2012.
Berita Harian Online: 3 November 2009

KONVO PRASEKOLAH 2012

HARI KONVOKESYEN PRASEKOLAH MUTIARA HATI
2012

KENANGAN BERSAMA GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR DAN PPM...




TAMAT PERSEKOLAHAN DI PRASEKOLAH BAGI SESSI 2012

Thursday, December 6, 2012

KARNIVAL BIJAK PRASEKOLAH ZON YONG PENG 2012

 


PRASEKOLAH SK SEPAKAT JAYA TELAH MENGHANTAR SEORANG MURID UNTUK BIJAK PRASEKOLAH PERINGKAT ZON YONG PENG.MURID TERSEBUT BERNAMA MUHD EIDLAN BIN RASIDI.



  1)Aktiviti stesen 1 : Sedang menyusun perkataan untuk membentuk perkataan sebanyak yang mungkin.Aktiviti ini melibatkan komponen Bahasa dan Komunikasi dan English Language.
 



Add caption




2) Aktiviti mengeja perkataan / spelling yang dilakukan secara individu dalam satu kumpulan besar.








Tuesday, November 20, 2012

kajayaan prasekolah kami...

                                                   kejayaan anak muridku dalam bidang sukan...

                                      kemenangan yang dperolehi dalam karnival dan bijak prasekolah...


                                                    berkongsi kegembiraan bersama....

Olahraga Prasekolah Zon Yong Peng

  Bersama dengan PPM            

sedang beraksi...